Medan Info Kita agak tertarik dengan salah satu transaksi dimana salinan Contract Note [Nota Kontrak] diatas nama Shamsida Taharin bertarikh 14 Jun 1993 yang dikeluarkan oleh salah satu broker saham Rashid Hussain Securities, sekarang ini dikenali sebagai Rhb Investment Bank.
Didalam kaedah jual beli saham, Nota Kontrak adalah dokumen bukti kukuh sesuatu transaksi yang dikaitkan, malah dalam kes perbicaraan Mahkamah sekiranya ada tuntutan daripada pihak broker saham keatas sebarang hutang-hutang tertunggak kesan dari kerugian kontra [Contra Losses], maka Nota Kontrak adalah dokumen paling penting, most crucial documents required as tender of evidence….!
Kita perhatikan dokumen diatas, jelas bahawa Shamsida melalui broker sahamnya telah “berani” membeli saham sebuah syarikat yang disenaraikan dipasaran terbuka [open market listed shares].
Dalam kancah dunia BSKL, ‘market players’ yang menyertai ‘open market games’ dalam pembelian dan penjualan saham semestinya kumpulan “Punters” dan satu lagi ialah kumpulan “Syndicated players”
Mengikut dokumen tersebut, saham syarikat yang dibeli oleh Shamsida adalah FEHB – sila tengok pada kolum “securities name”. Ketika itu FEHB adalah Far Eastern Holdings Berhad.
Seterusnya perhatikan pula pada Quantity pembelian saham tersebut, betapa beraninya Shamsida membeli sebanyak 100 lot [unit setiap 1,000]..? bermakna pembelian 100,000 unit
Jumlah yang dibelanjakan mencecah RM283,000 kerana pada hari pembelian harga saham syarikat tersebut ialah RM2.80 se unit. Persoalannya disini, apakah akan terjadi seandainya keesokkan hari atau beberapa hari selepas itu harga saham itu turun kepada RM2.50 se unit..? Sudah pasti Shamsida akan mengalami kerugian sekelip mata sebanyak RM30,000..!!
Tetapi kenapakah Shamsida “berani” untuk mempertaruhkan wang melebihi suku jutaan ringgit jika tidak pasti meraih keuntungannya..? Besar kemungkinan Shamsida sudah mendapat “jaminan” atau dalam bahasa open market dipanggil “tips off” bahawa harga seunit saham FEHB akan melebihi RM2.80 maka akan perolehi keuntungan pada transaksi tersebut…
Disingkap kembali sekitar tahun 1992 – 1993, BSKL sedang mengalami zaman kegemilangannya dimana indeks mencecah sehingga 1,400 mata. Ramai yang alpa dan lebih menumpukan kepada BSKL. Heboh diberitakan ramai yang ‘berpeluang’ untuk buat duit sebagai pendapatan alternatif jika terlibat bermain saham open market….., beberapa nama kaunter pasaran saham ketika itu menjadi bualan dan tumpuan seperti Renong, Idris Hydraulic, Johan Holdings, Trengganu Development, Ekran, MRCB, Mulpha, AP Land, TRI – Technology Resources dan lain lain lagi.
Pada waktu ini, senjata yang paling penting dikalangan pelabur dan market players adalah “tips off”, kaunter manakah yang akan “digodam” oleh Punters dan Syndicated Players……
Trend ketika itu, sekiranya ada mana mana individu yang membuat “unusual transactions” seperti membeli saham sesebuah syarikat yang disenaraikan [listed counter] dengan kuantiti yang banyak, seperti yang dilakukan oleh Shamsida, maka sudah pasti transaksi tersebut sudah mendapat “insider information”.
Dalam senario ini sudah pasti market players akan memberikan maklumat kepada mana mana individu pilihan mereka untuk mendapat peluang membuat duit… “great chances to make fast money..”---->baca lagi
Disebalik nama Azmin Ali dan Samsidar.....dengan jelas menunjukan bahawa mereka ini adalah Kroni dan Tali Barut Anwar Ibrahim bertahun lamanya. Dengan tujuan yang sama seperti anwar Ibrahim. Namun adakah kita semua tersedar dari lena buaian mimpi janji manis PKR.....Sedar la wahai rakyat Malaysia bahawa Mereka semua dah kaya raya.....sekiranya Malaysia huru-hara mereka semua boleh lari keluar Negara dan menetap disana......apa akan terjadi pada kita semua........hidup melarat...mengemis dibumi sendiri........Misi mereka untuk menjual Negara kepada pihak luar mungkin akan menjadi igauan mimpi ngeri seluruh rakyat Malaysia setelah Anwar Ibrahim berjaya menduduki kerusi tertinggi pemerintahan Negara.
No comments:
Post a Comment