Pages

Thursday, November 12, 2009

PAS : RAHSIAKAN BAI'AH....

Profesor Madya Dr.Zaitun Abu Bakar isteri kepada ADUN Shah Alam Khalid Samad menyatakan bahawa Bai'ah tersebut telah lama wujud didalam PAS. Dr.Zaitun juga menyatakan bahawa dia tidak takut dan risau diatas Bai'ah suaminya kerana
"Saya tidak takut... dia bukannya nak tukar parti... dia serius dan mengambil berat mengenai hal itu.
“Sebab itu dia mempertaruhkan sesuatu yang berharga... itu adalah antara dia dan Allah,” katanya ketika ditanya sama ada beliau sedar mengenai kesan baiah itu yang mengakibatkan talak tiga jatuh dengan sendirinya ke atasnya jika Khalid melompat parti.


Sumpah taat setia atau baiah jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti adalah rahsia dalaman parti itu, ini juga telah cukup membuktikan bahawa Nik Aziz menteri besar Kelantan menyembunyikan sesuatu daripada rakyat. Akak tak yakin bahawa ramai isteri ADUN-ADUN PAS ni setuju dengan Bai'ah ni. Kelmarin, Khalid mempertahankan kenyataannya sebelum ini berhubung kewujudan amalan baiah talak tiga dalam Pas, yang dinafikan pucuk pimpinan parti itu.

Ditanya sama ada isteri wakil rakyat Pas lain pernah menghadiri majlis baiah itu, Zaitun berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan sesama mereka.

Beliau juga berkata, baiah talak tiga diperkenalkan bagi menghalang wakil rakyat melompat parti kerana ada percubaan ‘membeli’ Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas di Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004 yang ketika itu hanya mempunyai kelebihan satu kerusi di negeri itu.
akak rasa diorang ni dah gile la........nak berpolitik , berpolitik ajer la...jangan la sampai babitkan Nikah Kahwin dalam hal ni. Akak kena tanya Suami akak ni. tak sanggup menjanda you.....oh tidak.....Dato' Sharizat tolong bela nasib kami isteri-isteri ADUN ni. Terseksa zahir dan Batin....nak lawan kang tak masuk syurga pulak....eh silap...Tok Guru dah Comfirmkan hari tu...pangkah PAS masuk Syurga.........

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails