Sebaliknya Chin Peng perlu dilayan seperti penjenayah perang Nazi yang terus diburu dan dihadap ke mahkamah perang antarabangsa apabila berjaya ditangkap.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak yang menjadikan Chin Peng sebagai idola perlu menyorot sejarah keganasan komunis membunuh ramai anggota keselamatan termasuk bekas Ketua Polis Perak dan ribuan lagi yang cacat anggota.
Selain itu, jelasnya, nyawa orang awam juga menjadi korban angkara keganasan PKM selain banyak wang negara dibazirkan untuk menghalang keganasan mereka.
Beliau turut mempersoalkan kewajaran memaafkan pemimpin komunis itu kerana rekod keganasan PKM lalu dan pendirian Chin Peng sekarang meyakinkan beliau bahawa dia masih berfahaman komunis.
"Saya berani kata demikian (Chin Peng masih berfahaman komunisme) setelah membaca buku tulisan pengasas Rejimen Ke-10 PKM, Abdullah C.D, yang tidak menyesal dengan perjuangan komunis, malah menganggap perjuangan bersenjata sebagai perjuangan kemerdekaan. >Selanjutnya<
Mengapa mesti Chin Peng sebagai idola di Malaysia....Akak tidak merasakan bahawa Chin Peng layak untuk dijadikan seorang idola oleh mana-mana rakyat di Malaysia.Bagi akak cukup la pertelingkahan 13 Mei 1969 yang mana pada ketika itu akak berpendapat bahawa seluruh kaum cina di Kuala Lumpur berfikiran dan berfahaman Komunis. Kalau nak diceritakan kisah zaman komunis di Bumi Melayu ni....boleh mengalir air mata....bila akak menonton rancangan astro 131 Mustika , ada mengisahkan tentang komunis " Lembing Dan Layang." tersentuh perasaan melihat bagaimana orang-orang Melayu diperlakukan. Bagi akak usah kata dia yang masih hidup.....abu mayatnya juga HARAM memijak TANAH MELAYU.
No comments:
Post a Comment