Pages

Tuesday, November 17, 2009

Kerusi Kota Siputeh Diisytihar Kosong, Mahkamah Perintah Pilihan Raya Baru

Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini pada hari Isnin.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang. --->Seterusnya<---


Satu lagi pergelutan politik didalam mencapai misi merampas tampuk pemerintahan sedia ada kini diantara Kerajaan Vs Pembangkang. Kerusi DUN Kota Siputeh telah diisytiharkan kosong setelah ADUNnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua (2) persidangan DUN tahun ini. Adakah Kerajaan Yang Memerintah akan mengusai kerusi tersebut atau pun sebaliknya. Ketika ini Nik Aziz , Anwar Ibrahim , sedang mengatur langkah harimau yang mana satu ingin dipertaruhkanya. Apa tah lagi isu yang akan dia bawa...lihat saja ucapan Anwar Ibrahim nanti , pasti akan keluar ayat " Saya pernah menjadi Menteri Kewangan " pasti akan terpacul dari mulut Al-Juburi.

1 comment:

panglima_sepat said...

kak jam, ni kali pertama saya melawat ke blog kak jam..
1. bagus video bi'ah tu.. terbukti dari dulu diorg gadaikan isteri..
2. Saya setuju SPR kurang kuasa berbanding speaker..
3. Teruskan usaha kak jam.. sedarkan isteri2 yang tak sedar lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails