Pages

Tuesday, March 23, 2010

Lapan lagi laporan polis dibuat terhadap Penasihat PKR

Lapan lagi laporan polis dibuat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan 16 September 2008 yang menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengambil alih kerajaan.




Laporan itu dibuat ekoran pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai rancangan Anwar, termasuk meyakinkan Ahli Parlimen pembangkang bahawa Yang di-Pertuan Agong merestui beliau sebagai Perdana Menteri ketika perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, minggu lalu. Di ibu negara, Puteri Umno Malaysia dan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) membuat laporan, masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan IPD Gombak, meminta polis menyiasat kesahihan kenyataan wakil rakyat Bebas terbabit. Di KUANTAN, Pemuda Umno Pahang membuat laporan yang sama di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan melalui penolong setiausahanya Suhaimi Sulong diiringi lebih 20 anggota Pemuda Umno negeri. (baca lagi)

Satu perkara pelik yang akak lihat. Nak kata Anwar tak hebat...Anwar Ibrahim memang hebat. tapi dalam kehebatan Anwar Ibrahim, ada BODOHnya jugak mamat Al-Juburi ni. Takan dia tak tahu undang-undang untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.Sehingga tergamak menjual nama Yang Dipertuan Agong n ATM dan menyatakan kepada ahli PKR lain bahawa Yang Dipertuan Agung telah bersetuju untuk beliau menubuhkan kerajaan baru. rupanya Anwar Ibrahim ni semakin hari semakin bodoh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails