Pages

Tuesday, March 2, 2010

Giliran Tee Beng keluar PKR

KUALA LUMPUR 1 Mac – Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta kerana kecewa dengan kerenah kepimpinan tertinggi parti itu.
Tee Beng yang membaca kenyataan lima muka surat pada sidang akhbar di sini menyenaraikan empat alasan kenapa beliau keluar PKR dan meletakkan semua jawatan dalam parti itu serta memilih menjadi wakil rakyat Bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana parti.
“Sebabnya ialah tiada saluran khusus di dalam PKR untuk mengemukakan masalah. Kritikan saya berkaitan masalah polisi yang serius telah dijawab dengan pembunuhan karakter yang menyebabkan kekecewaan mendalam kepada saya.
“Saya juga kesal dengan sikap kepimpinan PKR yang sanggup mengorbankan maruah dan prinsip parti hanya kerana mahu memastikan impian mereka ke Putrajaya tercapai termasuk mengambil sikap menutup mata dengan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang),” katanya....(seterusnya)

Seorang demi seorang ahli PKR keluar dari Parti PKR. Kali ini pula adalah giliran Tee Beng Ahli Parlimen Nibong Tebal pula angkat kaki lambung dari PKR. Ini adalah kerana ketida puasan hatinya terhadapt pucuk pimpinan parti tersebut iaitu Anwar Ibrahim sebenarnya. Didalam kenyataanya Off Record terhadap pihak media, beliau menyatakan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim yang hanya pandai berjanji macam-macam tetapi tidak ada satu pun yang dikotakan. Aduhai...PKR...PKR...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails