Itulah ungkapan yang dikeluarkan kebanyakan ibu tunggal di negeri ini apabila ditanya sama ada kerajaan negeri menyalurkan bantuan kebajikan kepada golongan itu seperti yang pernah dijanjikan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.
Rata-rata mereka menyifatkan janji kerajaan negeri yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka itu hanyalah 'janji kosong' semata-mata.
Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor (Anggerik Murni), Nortini Kasman, kerajaan negeri hari ini dilihat banyak mengabaikan soal kebajikan ibu tunggal dalam program pembangunan yang dilaksanakan ketika ini...Baca lagi.....
Ha...ini satu lagi hal....semuanya hanya tinggal janji.Manifesto yang disebarkan oleh PKR sewaktu pilihanraya 2008 lalu ada menyatakan bahawa akan memberikan alaun khas kononya kepada semua suri rumah sepenuh masa. Bukan mereka sahaja yang mendengar ceramah dan kata-kata yang diungkapkan oleh Anwar Ibrahim dan Juga anaknya Nurul Ezzah. Janji-janji mereka.Akak masih ingat lagi kata-kata Nurul Ezzah ada menyatakan bahawa sekiranya mereka menang , mereka akan memberikan alaun khas kepada ibu tunggal sepenuh masa minimun adalah sebanyak rm1500.00 seorang berdasarkan berapa besar ahli keluarga mereka. Itu ayat akak masih ingat lagi sampai la sekarang. Namun setelah berjaya merampas Negeri Selangor daripada Kerajaan .....semuanya hanya tinggal janji......JANJI KOSONG...sebelum menang bukan main lagi berjanji...Ibu tunggal pun bukan main lagi pakat-pakat nak menyokong PKR...tapi setelah menang....semua menyesal....sebab...hanya tinggal janji. Harapan yang tinggi kini runtuh..setelah 2 tahun memerintah Negeri Selangor. Janji tersebut bukan sahaja ditaburkan di Negeri Selangor sahaja, Malah ditaburnya keseluruh pelusuk Negara......KESIAN....
Renung-renungkan..dan Selamat Beramal...
No comments:
Post a Comment