Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi tempoh seminggu untuk menjelaskan dakwaan dibuatnya minggu lalu bahawa agensi perunding, Apco Worlwide yang dilantik kerajaan bagi menasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu gagasan 1Malaysia adalah pihak yang berada di belakang slogan 1Israel.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee membuat keputusan itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberi pandangan kerajaan memandang serius dakwaan itu, dan mahukan Anwar menjelaskannya dalam tempoh seminggu kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak hadir di persidangan Dewan Rakyat, semalam. Katanya, keputusan sama ada merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen hanya akan diputuskan selepas Anwar memberikan penjelasan berhubung kenyataannya itu. Keputusan itu dibuat berikutan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) memaklumkan bahawa ada percanggahan dalam kenyataan Anwar pada 17 Mac lalu mengenai perkara itu ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong. (Baca lagi)
ini lah dia kalau dah nama YAHUDI.....tak habis-habis ingin mempersoalkan macam-macam perkara.Tak ubah seperti perangai seorang yhaudi yang yang suke tanya benda yang pelik-pelik dan menyamakan sesuatu dengan perkara yang pelik-pelik.Begitu lah perangan Anwar Ibrahim Allah nak tunjuk kepada rakyat Malaysia.Banyak kali Akak tengok sikap Anwar Ibrahim ni.setiap kali apa yang kerajaan buat untuk rakyat semuanya salah.Tak ada yang betul langsung.
Fikir-fikirkan.......
No comments:
Post a Comment