Pages

Sunday, February 28, 2010

Tiada pilihan raya mengejut di Perak

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini menafikan desas-desus bahawa satu pilihan raya negeri mengejut akan diadakan di Perak menjelang September ini.

Beliau berkata, parti komponen BN di Perak juga tidak menerima sebarang arahan untuk mengemukakan senarai calon parti masing-masing sebagai persediaan menghadapi pilihan raya mengejut itu. Ahmad Husni berkata, selaku Bendahari BN dan UMNO serta memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perak, beliau pastinya telah mempunyai maklumat jika benar satu pilihan raya mengejut akan diadakan di Perak.
"BN Pusat bermesyuarat kira-kira dua minggu lepas, UMNO Pusat bermesyuarat pada minggu lepas dan BN Perak juga telah bermesyuarat baru-baru ini, tidak ada dibincangkan langsung mengenai soal pilihan raya mengejut.....(sterusnya..)


nampak gayanya igauan pembangkang Negeri Perak hanya ttinggal mimpi ngeri sahaja la...ini kerana tidak akan ada apa-apa pilihanraya mengejut yang bakal diadakan di Negeri Perak. Harapan pembankang Negeri Perak agar 4 Dun akan dibubar ekoran daripada ketidak puasan hati mereka diatas keputusan pilihanraya lepas iaitu 2008. Lepas ni akak confirm la...mesti ada perbalahan diantara kerajaan Negeri dan juga parti politik pembangang. adakah Sang Nizar akan melompat sekali lagi kerana ketidakpuasaan hatinya dan juga kroni-kroninya..jawapanya adalah sudah pasti. cuma kita tunggu dan lihat apakah isu yang bakal digebar-gemburkan oleh mereka..

76 NGO bersatu pertahan hak Melayu dan Islam

Sebanyak 76 NGO Melayu bergabung hari ini bagi menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam di negara ini.

Antara NGO yang menyertai MPM ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang bertindak sebagai wakil pertubuhan itu berkata, peranan MPM adalah sebagai pelindung dan benteng kepada pihak yang semakin hari cuba mengganggu-gugat hak-hak keistimewaan serta ekonomi orang Melayu, kedudukan agama Islam dan ketuanan Raja-Raja Melayu di negara ini.

"Pada masa sama, kita juga akan jadi pendesak yang berhemah kepada kerajaan supaya kerajaan tidak lari dan menyeleweng daripada perkara asas dalam Perlembagaan negara berdasarkan Perkara 153," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran MPM di Kelab Sultan Sulaiman di ibunegara hari ini.

Beliau berkata satu persidangan meja bulat bersama-sama semua anggotanya akan diadakan pada 7 Mac ini untuk membincangkan hala tuju ekonomi orang Melayu apabila model ekonomi baru diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelak.

"Kita juga berharap dapat jumpa perdana menteri sebelum model ekonomi baru itu diumumkan supaya kita tak mahu bila pengumuman dibuat ada NGO Melayu yang bersikap 'rumah dah siap pahat berbunyi'...sebab kita nak apa sahaja dasar yang telah kerajaan buat ia harus mendapat sokongan daripada semua pihak.

"Tetapi kerajaan juga perlu proaktif pada NGO Melayu, maksudnya ada tolak ansur kalau kerajaan nak sokongan daripada NGO, kerajaan juga kena ambil kira perasaan dan hati kami," kata Anggota Parlimen Pasir Mas itu.

Dalam kenyataan MPM yang diedarkan kepada media, MPM menetapkan bahawa setiap anggota hendaklah bersama-sama mengkaji setiap isu yang ada kepentingan orang Melayu, agama Islam, Kesultanan Melayu, keselamatan dan kesejahteraan negara sama ada ditimbulkan atau dipersoalkan oleh orang lain atau yang perlu diketengahkan dan diperjuangkan oleh orang Melayu.

Selain itu, MPM akan menyedia dan melaksanakan pelan tindakan bagi menangani atau menentang provokasi terhadap perkara-perkara menyentuh kepentingan orang Melayu dan Islam apabila ia ditakrifkan sebagai usaha pihak-pihak berkenaan sebagai menghasut atau membenci.

Tuesday, February 23, 2010

MENGAPA ANWAR IBRAHIM MAHU PENAGGUHAN LAGI

Perbicaraan kes liwat DSAI telah masuk yang ke 5 kali sebelum mahkamah memutuskan sama ada Anwar Ibrahim benar-benar bersalah atau pun sebaliknya.Jika sabit kesalahan Anwar Ibrahim bekas timbalan Perdana Menteri tersebut akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 8 kali sebatan atau kedua-duanya sekali diatas kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhri. 

Menurut beberapa sumber menyatakan bahawa Anwar Ibrahim pada kali ini bertindak bijak dengan tidak meliwat Muhd Saiful Bukhari diatas katil, tetapi dilantai dengan beralaskan Selimut yang telah disediakan di Kondomiun tersebut. Ini adalah kerana kes Liwatnya yang lampau telah menngajarnya untuk tidak mengulangi kesilapan dengan meliwat mangsa di atas katil.  Oleh yang demikian ujikaji DNA telah dijalankan dan mendapati bahawa selimut berkenaan terdapat kesan air mani milik anwar Ibrahim.

Ini la diantara sebab musababnya mengapa Anwar Ibrahim cuba memohon agar kes nya ditangguhkan kepada tarikh lain dengan alasan untuk menyediakan hujah-hujah yang BOHONG kononya untuk membela dirinya daripada kelihatan tidak bersalah didalam kes terebut. Namun demikian.....semua dah tahu memang ko yang meliwat Muhd Saiful Bukhari tu nak kata macam mana. Kamera Litar kat kondo tu pun nampak ko....tak kan nampak ko nak kata org lain pulak...ke Pelanduk dua serupa pulak...dah nampak ko....sah la engkau....siapa la pulak hantu yang menyamar jadi ko....kan pelik.......

'Kami hanya berdebat dengan Guan Eng'

Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam di negeri itu.

“Kalau (berdebat) dengan Lim Guan Eng, boleh... kalau (dengan) Pemuda Pakatan Rakyat, tak payahlah,” kata Ketua Pemuda negeri, Norman Zahalan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Zahalan menyifatkan Pemuda Pakatan sebagai “kuda tunggangan Guan Eng”.

Norman mengulas cabaran ADUN Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin untuk berdebat dengan Pemuda Umno negeri, DPMMPP dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berhubung isu berkenaan.

Beliau juga mengesahkan telah menerima surat cabaran debat tersebut dari Pemuda Pakatan melalui faks pagi ini.(Selanjutnya...)

HA tidak lama kemudian keluar pulak statement dari pemuda UMNO ni. KAmi dah bersedia untuk berdebat dengan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang Bukan dengan AMK Pulau Pinang yang cakap merapu meraban tak tentu pasal..bercakap tentang hak bangsa sendiri di Pualu Pinang yang telah ditindas dan wujud Double Standard.Itu jer la yang AMK mampu buat. Korang tu hanya kUda tunganggan Lim Guan Eng jer la...Pemuda UMNO hanya ingin berdebat dengan Lim Guan Eng Sahaja...bukan dengan pengkianat bangsa.....macam AMK...hidup seperti lalang....ditiup angin kehulu..kehulu la ia.....ditiup angin kehilir...ke hilir la ia.......MALU AKU ADA ANAK BANGSA AKU YANG BEGINI....

SIAPA PENAKUT?????!!!!&%%^$*

Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.

Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya. (Selanjutnya..)

Ini bukan soal takut atau bacul atau seumpama denganya. Tapi cuba lihat dimana perlunya untuk memperjuangankan hak rakyat jika dengan asyik nak berdebat dan mencari silap orang lain. Jika benar bagai dikata oleh pembangkang Pulau Pinang, kenapa banyak sangat isu yang keluar dari perut Negeri Pulau Pinang? Contohnya seperti subsidi air yang ditarik balik oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang. Cuba jawab. Sebelum ni berapa lama kerajaan Umno (BN) duk memerintah Negeri tersebut tiada ada apa-apa isu pun. Dan banyak lagi keburukan Pembangkan kalau kak jem nak cerita kat sini. Kenapa robohkan stinggan Melayu , Kenapa robohkan kedai DO RE MI sedangkan dah lama bertapak disitu. Kenapa robohkan kedai-kedai Melayu. Dimana Hak Melayu Pualau Pinang di sebelah Pulau , sedangkan ada hak Melayu di Pulau tersebut. Tolong jawap la wie...UMNO bukan tolak untuk berdebat tetapi lebih baik buat dahulu baru buktikan dimana hak rakyat dimana usaha untuk memuaskan hati rakyat. Jangan banyak makan duit bangsa lain....bangsa sendiri tergadai......yang sebenarnya korang sendiri pun tak tahu apa nak buat...Cina bagi duit korang makan semua.....dan kenyang duduk diam2 la......jangan jadi macam PAS...sebab duit ikut pembangkang membatalkan perhimpunan dan perarakan Maulidurrasul. BAru dapat pertambahan RM8juta dah gelabah ikut telunjuk cina. Korang jangan terpedaya la.....korang tengok sendiri apa dah jadi dengan Lim Guan Eng...dia sendiri pernah beri Statement yang menyatakan dia boleh hidup tanpa ada Anwar Ibrahim...korang nak cakap apa......

(Fikir...fikirkan...selamat beramal...)

Wednesday, February 17, 2010

Anwar gagal dalam rayuan batalkan tuduhan liwat


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin berkata tiada kes untuk mahkamah itu membenarkan rayuan tersebut.

Beliau juga memutuskan bahawa laporan perubatan hanyalah untuk menyokong kerana ia juga perlu disokong oleh keterangan lisan, forensik dan bukannya semata-mata laporan itu sahaja.

Hakim Abu Samah juga berkata, mahkamah berpendapat Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu menyalahgunaan proses mahkamah.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu sebulat suara menolak rayuan ketua umum PKR itu. Dua lagi hakim ialah Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma'ah. (Selanjutnya...)

Setelah macam-macam rayuan yyang dibuat oleh Anwar Ibrahim dan barisan peguamnya dibuat dan ditolok oleh pihak mahkamah, mungkin esok adalah hari terakhir Anwar akan melihat Dunia Luar...hanya beraksi dari dalam penajra aje la nampaknya....sama seperti Mahatma Ghandi. Menurut beberapa laporan saksi yang memberi keterangan di Mahkamah anwar Ibrahim sah didapati bersalah kerana meliwat saiful Bukhari. Jika sabit kesalahan Anwar Ibrahim akan dipenjarakan selama 20 tahun atau sebatan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Namun setelah meneliti dan barisan hakim ke Kondo dimana Anwar telah meliwat Mohd saiful Bukhari , para hakim bersependapat bahawa melalui kamera litar tertutup didapati Anwar berada di Kondo tersebut sewaktu kejadian. Ini jelas menunjukan bahawa Anwar benar-benar telah meliwat Saiful Bukhari pada tarikh tersebut.Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apakah keputusan mahmakah esok hari perbicaraan kes liwat yang melibatkan bekas timbalan perdana menteri tersebut.Disebabkan itu lah Ahli parlimen Australia tu nak masuk campur. Ini disebabkan adalah Anwar Ibrahim adalah salah seorang The New World Order punya perancang. New World Order yang hanya mengumpulkan beberapa pemimpin ternama dunia untuk menyerang kelemahan orang islam di Seluruh Dunia.Kepada sesiapa yang pernah membaca "New World Order" punya buku boleh la kta kongsikan bersama apakah isi kandungannya. Apakah isi perut Maklumat tersebut.Hnaya anwar Ibrahim sahaja yang mengetahui apa isi kandungannya. Atas sebab itu mengapa pada bulan 10 tahun lepas Anwar Ibrahim ke Amerika senyap-senyap dan apabila balik ke Malaysia dia memberikan alasan ada perkara yang dibincangkan disana.......Apa yang penting sampi g sorang-sorang kalau tidak kerana New World Order ada isi yang penting.

Fikir-fikirkan Selamat Beramal

KESAL DAN KESAL DAN KESAL KATA TOK GURU


Tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup mengeluarkan kenyataan sambutan Maulidur Rasul tidak mempunyai fadilat hanya untuk menjaga kepentingan politiknya dengan DAP, amat dikesali.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia menggambarkan Pas sedia meminggirkan amalan umat Islam dan orang Melayu demi DAP yang sebelum ini membatalkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.
"Kita sedih kerana segala-galanya dipolitikkan termasuk perkara yang jelas menjadi amalan agama dan budaya di negara ini dan beberapa negara Islam lain.
"Kenyataan sebegini tidak pernah saya dengar sebelum ini kerana sambutan Maulud Nabi sebati dengan cara hidup masyarakat tetapi Nik Aziz sanggup ubah pendirian. Saya yakin ramai umat Islam tidak setuju dengan pandangan tersebut," katanya.(SELANJUTNYA.....) 

BEGINI LAH SIKAP SEBENAR SIAPA INSAN YANG BERGELAR NIK AZIZ....GELARAN TOK GURU DIBERIKAN KEPADA NIK AZIZ TETAPI HANYA BAIK DIHADAPAN SAHAJA TETAPI HAKIKATNYA LIHAT SENDIRI.TERGAMAK SEORANG TOK GURU MENYATAKAN BAHAWA MAULIDUL RASUL YANG BAKAL DISAMBUT ADALAH TIDAK AKAN MENDATANGKAN APA-APA MANFAAT LANGSUNG. BUKAN SETAKAT ITU SAHAJA, MALAH SANGGUP BERSEKONGKOL DENGAN DAP PULAU PINANG YANG MEMBATALKAN PERARAKAN MAULIDUL RASUL YANG DISAMBUT SETIAP TAHUN DI SETIAP NEGERI. BUKAN SAHAJA DI SETIAP NEGERI MALAH DISAMBUT PULA SEBAGAI AKTIVITI TAHUNAN DI MALAYSIA. TETAPI KERANA KEPENTIGAN POLITIKNYA NIK AZIZ SANGGUP BERSEKONGKOL DENGAN DAP MAKLUM LA NAK NAIK ROKET BILA DAH MATI NANTI....SENANG SAMPAI CEPAT SKIT KAT SYURGA. ALLAH S.W.T TU MAHA BESAR MAHA ESA...KINI ALLAH NAK TUNJUK SIAPA SEBENARNYA NIK AZIZ YANG SEBENARNYA......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails