Pages

Monday, April 19, 2010

JANJI MANIS PKR 2008..

  1. memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke Nurseri 
  2. memberi bantuan RM50 sebulan untuk membiayai pendidikan pra-sekolah
  3. Membrikan bantuan kewangan kepada anak-anak muda yang ingin mendirikan rumah tangga
  4. Memberikan Elaun kepada Suri Rumah sepenuh masa 
  5. Memberikan elaun kepada ibu tunggal yang layak...
Ini lah diantara janji-janji PKR sewaktu pilihanraya umum 2008 yang lepas...Tetapi tidak ada satu pun yang ditunaikan oleh Khalid Ibrahim yang menjadi Menteri besar selepas 2 tahun memerintah Kerajaan Negeri Selangor. Mengapa semua janji-janji ini tidak dapat dilaksanakan kepada rakyat. Kak Jem ada jawapannya. Melalui sumber yang di terima oleh Kak Jem , Khalid Ibrahim tidak menjalankan tugasnya dengan betul. Ini adalah kerana Khalid hanya akan mendengar cakap Anwar Sahaja yang telah dilantik sebagai PUNAISIHAT Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.Nasib rakyat tidak perlu dibela , kerana itu semua kerja UMNO. Semua peruntukan yang telah dirancangkan untuk rakyat Negeri Selangor mereka kebas.Kalau tak dari mana mereka semua dapat DUIT untuk menghadapi pilihanraya. Terutama sekali di P.94 Hulu selangor yang bakal menjelang nanti.

Ini pula nak pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Dari mana sumber kewangan mereka untuk membina bilik gerakan? Kak Jem tengok banyak bilik gerakan mereka. boleh dikatakan setiap kampung ada bilik gerakan mereka, Apa  itu semua tak perlu dibayar ker.? cuba fikir betul2....

Saturday, April 17, 2010

KEGILAAN PEMBANGKANG.....

hari ini akak berpeluang sekali lagi untuk mengikuti teletah orang-orang yang berketurunan PEMBANGKANG di hari Penamaan Calon PRK P.94 Hulu Selangor....macam-macam hal...macam-macam kerenah......so dalam melayan kerenah diorang tu......hangin jugak akak dengan laki akak tu......tak habis2 TAKBIR...TAKBIR.....taksub sangat......dah lantakkan aje dia......

Ni akak nak habaq kat hang pa semua .....kalau hang pa semua nak berpolitik ke...apa ke.....jangan la sampai bawak anak-anak kecil....kesian akak tengok......ada yang menangis kehausan....ada yang merengek nak tiduq.....APA DENGAN ANAK-ANAK pun kita nak BANGKANG jugak ke waktu tidur dia....waktu makan dia.........kesian tau akak tengok....kononya nak tunjuk dengan pemimpin-peminpin mereka ......MEREKA DATANG BAWAK ANAK-ANAK sekali......budak-budak tu tau apa.....paling sedih dibangku sekolah lagi mereka dah diajar untuk menentang kerajaan...sedangkan mereka semua bersekolah didalam sekolah bantuan penuh KERAJAAN.....tapi nak bangkang KERAJAAN....ni apa punya MAK DAN BAPAK PUN TAK FAHAM LA AKAK.......

 

Thursday, April 15, 2010

DIARI ANWAR....

Hari ini akak sempat menghadiri satu majlis Penerangan Isu yang diadakan oleh PKR yang dihadiri oleh DSAI sendiri untuk memberikan beberapa penerangan mengenai isu penipu DSAI di Dewan Orang Ramai Kampung Sg.Buaya Hulu Selangor. Aangkah terperanjatnya akak apabila mendengarkan bahawa isu APCO yang sedang di perkotak-katik oleh Al-Juburi tu.....

Jelas dan nyata bahawa DSAI sudah ketandusan isu untuk dijadikan senjata mereka untuk menjatuhkan Jentera Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor. Selain itu juga Al-Juburi turut menyentuh berkenaan isu tanah Peneroka yang telah lama diselesaikan oleh kerajaan. Apakah Al-Juburi tidak mengetahui perkara tersebut atau pun sengaja untuk memperbesarkan isu tersebut agar rakyat memandang serong kepada Kerajaan 1 Malaysia dibawah pimpinan DS Najib.

Majlis Penerangan yang hanya dihadiri kurang daripada 100 orang itu juga , DSAI ada menyatakan bagaimana kerajaan Negeri Selangor memimpin Negeri Selangor sehingga memperolehi kutipan berlpat kali ganda selepas PKR merampas negeri tersebut. 

[To Al-Juburi.....rakyat atau pengundi di Felda boleh la ko bukak cerita lapan tahun ko jadi Menteri Kewangan.....ingat rakyat semua dah buta ker....dan lupa pada SEJARAH diri kamu...."saya menjadi menteri kewangan selama lapan tahun, jadi saya tahu kemana aliran duit rakyat ingat kami ni bodoh sangat ke nak menilai diri kn orang kampungamu....]

Tuesday, April 13, 2010

BN terus berjanji, guna taktik lapuk di Hulu Selangor

Umno-Barisan Nasional (BN) masih menggunakan taktik lapuk sebagai retoriknya dalam menambat hati pengundi menjelang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, berkata fenomena itu jelas terbukti apabila sudah ada janji dicurahkan oleh kerajaan BN meskipun kempen pilihan raya belum bermula.
“Mereka (Umno-BN) boleh nafikan bahawa itu bukan janji ataupun kempen, tapi persoalannya kenapa tiba-tiba wujud agenda itu saat menjelang pilihan raya?
“Saya percaya semua rakyat sudah lali dengan taktik-taktik demikian, yang sudah menjadi amalan tradisi di dalam Umno-BN," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan awal Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Hulu, baru-baru yang berjanji akan membina empat buah sekolah baru di kawasan parlimen berkenaan.
Selain itu, Muhyuddin turut berjanji akan memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa.
Sementara itu, mengulas hasrat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang akan menggunakan pendekatan PRK Manek Urai bagi membantu BN di Hulu Selangor, Zaki berkata Umno-BN tidak mudah bebas dari tradisi silamnya, iaitu janji....(HARAMKAH DAILY)



[Ini lah dia permainan yang biasa dan terlalu biasa dimainkan oleh Haramkah daily dengan memprovokasi Jentera Barisan Nasional (BN) dengan menyatakan bahawa BN menabur janji palsu kepada rakyat untuk memenangi kerusi P.94 Hulu Selangor. Alhamdulillah DS Najid telah mendengar denyut nadi rakyat Hulu Selangor dengan melakukan pelbagai kajian sikap terhadap rakyat Hulu Selangor.Tetapi kepada mereka yang sengaja kerjanya mencari silap dan salah orang lain , tak ubah seperti YAHUDI yang senantiasa mencari kelemahan perjalanan orang-orang yang benar....]

HUHHUHUH...

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL......

Mesyuarat SPR 16 April tetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil Sibu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 16 April ini bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.
 
Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, beliau telah menerima notis kekosongan kerusi kawasan itu daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Mohd. Asfia Awang Nassar pada pukul 2 petang ini.

''Mesyuarat SPR itu akan diadakan di Hotel Blue Wave, Shah Alam pada 16 April memandangkan ramai urus setia kita berkumpul di sana sebelum kami ke Hulu Selangor untuk meninjau persiapan akhir hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor keesokannya (17 April)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Sibu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan akibat kanser pada 9 April lalu.

Abd. Aziz berkata, SPR akan menggunapakai daftar pemilih pada suku terakhir tahun lalu iaitu Disember 2009 yang diwartakan pada Februari lalu untuk pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

CALON BN ANAK TEMPATAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ialah anak tempatan dari kawasan itu.
Katanya, kriteria calon berkenaan menepati apa yang dikehendaki rakyat termasuk bebas daripada sebarang skandal peribadi dan berkelulusan tinggi.

"Kita sedang mendengar dan mengumpul pandangan daripada semua pihak. Sudah ada input tentang apa yang dikehendaki pengundi di sini dan kita akan ambil kira apa yang rakyat mahukan.

"Macam kita ambil kira pandangan di Pilihan Raya Kecil Dewan UNdangan Negeri Bagan Pinang dulu. Semua pihak sudah menyatakan pandangan mereka dengan lantang dan kita ambil yang terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan geran permulaan prasekolah swasta di Tadika Wawasan Gemilang di Bandar Sungai Buaya di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, calon yang akan dipilih nanti adalah seorang yang diyakini akan dapat bekerjasama dengan pemimpin bawahan dan bersifat amanah untuk berkhidmat kepada rakyat.

[Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan.....ini lah dia apa yang dikatakan di dalam Gagasan 1 Malaysia Ds Najib. Kita tidak perlu gusar siapa pun calon yang ground mahukan. Usah dipolitikan calon yang rakyat mahukan. Dengar setiap nadi rakyat yang berdenyut itu adalah kemenangan bagi BN....tetapi persoalanya siapakah calon yang akan diumumkan oleh Ds.Najib nanti...tiada siapa yang tahu...tunggu dan lihat]

Saturday, April 3, 2010

BUAT PERTAMA KALINYA.......

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Si Samy Vellu Mahu G.Palanivel Dikekalkan Tetapi UMNO Pula Mahu Bekas MB Mat Taib Dipilih Jadi Calon !

SHAH ALAM, 2 April [3.30 pm] - Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd Rahman meminta supaya kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan ke pangkuan UMNO selepas hampir 51 tahun 'diserahkan' kepada MCA dan MIC. Beliau berkata permintaan ahli-ahli UMNO di kawasan berkenaan sepatutnya diterima pucuk pimpinan setelah hampir 10 penggal mereka bersabar dan beralah dalam isu itu. "Pada pendapat saya, setelah lebih 50 tahun kerusi Parlimen Hulu Selangor terlepas dari tangan UMNO, eloklah dikembalikan semula kerusi itu kepada UMNO, tidak ada salahnya pun jika Barisan Nasional (BN) mengikut suara rakyat dan UMNO meminta balik kerusi yang telah dipinjamkannya itu. Ini soal hak dan rintihan rakyat Hulu Selangor yang mahukan Umno kembali berkuasa di kawasan itu. "Calon MIC sudah bertanding di Hulu Selangor selama enam penggal sejak 1986 dan tibalah masanya UMNO meletakkan calonnya di pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.(seterusnya...)

Buat pertama kalinya sebuah akhbar media maya malas nak cakap la siapa punya...tengok sendiri membuat sokongan siapa yang perlu dipertandingkan....HUHU KENAPA DAH BERTUKAR ANGIN ke???seribu satu persoalan yang timbul selepas akak membaca atikel yang telah dikeluarkan ini. HUUHUHU..........

RENUNG-RENUNGKAN......
SELAMAT BERAMAL.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails