Pages

Sunday, August 29, 2010

Pelajar M'sia di Indonesia diarah berwaspada

Lebih daripada 6,000 pelajar Malaysia di Indonesia diarah berwaspada dan berhati-hati berikutan gerakan anti-Malaysia yang dianjurkan oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) di negara itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementeriannya telah mengeluarkan arahan tersebut kepada semua pelajar tempatan di Indonesia melalui Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.

"Kementerian memantau situasi itu dan setakat ini tidak ada laporan pelajar kita menjadi mangsa gerakan itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah dan ibu tunggal di Bandar Seri Alam dekat Pasir Gudang, Johor hari ini.

Khaled yakin kerajaan Indonesia akan melakukan yang terbaik untuk menjamin keselamatan semua pelajar Malaysia.

Beliau juga percaya bahawa pelajar terbabit mampu menangani sendiri situasi tegang berkenaan melalui pelbagai persatuan mahasiswa.

Bendera baru-baru ini dilaporkan berdemonstrasi dan melemparkan najis di kedutaan besar Malaysia di Jakarta serta merancang mengusir keluar rakyat negara ini dari Indonesia.

Saturday, August 28, 2010

Sultan murka, Mais ambil alih surau


Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Teo di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang Sentral berlaku seperti dilaporkan. 

Sehubungan itu, tambahnya, Mais diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

"Mais memandang serius berhubung isu ini memandangkan ini merupakan kes kedua seumpanya yang melibatkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid/surau di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib.

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata, Mais juga akan memberikan surat amaran kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulangi lagi.

"Mais juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama dan tidak menggunakan masjid/surau," katan Mohamad Adzib.

"Pihak Mais juga menggesa supaya semua pihak termasuk parti-parti politik agar lebih sensitif kepada perasaan umat Islam amnya dan hendaklah menjunjung titah perintah DYMM Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor."
[ini lah yang dikatakan buta dan tuli....entah apa yang diperkatakan oleh si cina dan apa yang telah dijanjikan kepada Imam @ ketua Surau tersebut oleh Cina tu...berapa pulak yang dibayar kepada rakyat untuk membolehkan orang bukan islam masuk ke tempat ibadah orang islam dan memberikan TAZKIRAH kepada mereka yang hadir..????? entah la...kalau sampai tahap ini....mcm mana orang islam nak maju....kenapa tiada komen atau statement dari pada TGNA...kenapa DIAM....sila buat statement]

Monday, August 23, 2010

KALAU TAK NAK KENA BLACK LIST....JANGAN BUAT KESALAHAN

Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) akan melancarkan kempen mengutip satu juta tandatangan untuk membantah saman ekor hari ini.

Pelancaran tersebut akan diadakan di bazar Ramadan Pasar Keramat pada jam 5.30 petang ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, yang akan merasmi pelancaran tersebut, berkata barisan exco DPPP serta ketua Pemuda PAS negeri akan turut hadir.

Pelancaran petang ini akan diikuti dengan kempen mengutip tandatangan pengunjung bazar Ramadan tersebut.

Katanya, DPPP melancarkan kempen tersebut sebagai sokongan kepada usaha naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menentang saman ekor.

Ia ekoran kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka yang telah disenaraihitamkan dalam saman ekor. (lanjut)


[ Dah la tentang kerajaan , ni nak menentang lagi undang-undang jalan raya. Kalau tak langgar undang-undang jalan raya tak ada lah saman ekor. Ni nak boikot pulak saman ekor. Saman ekor ni bagi kak jem lagi bagus  sebab orang ramai yang menggunakan jalan raya tidak la berasa takut apabila berdepan dengan pemandu yang boleh dikategorikan sebagai samseng jalan raya.Nak pulak musin perayaan ni. Ramai yang nak sampai cepat ke kampung semua nak laju.Bawak kereta mcm petir. ]

Sunday, August 22, 2010

PR: Jangan Terlalu Yakin

Pakatan rakyat kini telah berada didalam zon selesa kononya melalui laman E-Laman Pilihanraya Umun 13 yang dibina oleh sekutunya menunjukan bahawa mereka sedang mendahului jumlah pemilih.

Adalah ini yang bakal berlangsung didalam pilihanraya umun ke-13 akan datang? Mungkin tidak. memang la yang mendahulu senarai pemilih yang laing ramai sebab E-pilihanraya umum 13 tu mereka yang bina yang yang mengundi disitu adalah orang-orang mereka juga. sama la kalau puak2 BN yang buat laman yang sama , apa pulak kata Mereka.


Kononya Timbalan Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Fariz Musa berkata walaupun undian itu secara maya, ia menggambarkan satu senario baru politik di negara ini yang mana rakyat mahukan perubahan tampuk pemerintahan daripada BN kepada Pakatan Rakyat.

"Keputusan ini walaupun tidak rasmi tetapi menggambarkan keadaan sebenar politik negara yang mana rakyat mahukan perubahan pemerintah. Dasar yang di bawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tentang 1 Malaysia jauh terpesong daripada apa yang beliau katakan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'. Kita lihat rakyat sekarang berada dalam keadaan tertekan dengan faktor ekonomi apatah lagi dengan kenaikan harga baru-baru ini.

"Najib dan BN sebenarnya tidak mempunyai tanggungjawab dalam memastikan hak rakyat terus terbela, malah beliau hanya tahu menekan rakyat bila berhadapan dengan masalah kewangan negara. Yang terbaru tentang saman ekor sehinggakan disenarai hitam dan rakyat dipaksa untuk membuat bayaran penuh baru boleh diperbaharui lesen mahupun cukai jalan kenderaan mereka.

Jika benar apa yang dikata oleh timbalan akatan muda keadilan tu , kak jem nak tanya sikit , kenapa semakin ramai pulak orang dan ahli PKR yang keluar dari PKR. ini kenyataan. Bukan direka-reka atau seumpama denganya.Maka dengan ini nyatalah bahawa lama sosio E-Pilihanraya umum yang direka cipta oleh korang semuanya hanya untuk mengaburi mata rakyat malaysia. Ini juga adalah tindakan yang telah dirancangkan oleh  kaum YAHUDI seperti korang semua,..

Friday, August 20, 2010

entah la...apa nak cakap pun x tahu la.....


Khatib Zakaria Ahmad yang membaca doa untuk Father Joseph Lim Guan Eng dan membuang nama YDP Agong pada khutbah kedua Solat Jumaat lepas di Masjid Padang Menora, Tasek Gelugor P.Pinang, adalah merupakan penyokong tegar PAS. 

Dia melakukan perkara terkutuk itu diatas mimbar masjid sewaktu solat Jumaat yang dihadiri bukan hanya penganut ajaran PAS, tetapi juga semua kariah kawasan tersebut yang berbilang fahaman politik dan juga pandangan. 

Zakaria telah membuktikan bahawa PAS kini semakin sesat serta melencong dari garisan Islam yang sebenar. Didalam kitab serta ajaran Rasulullah saw sendiri melarang kita mendoakan untuk kaum kafir, apatah lagi jika ia dilakukan didalam bacaan amalan wajib seperti solat Jumaat. Namun ini semua tak menjadi hal kepada pengikut ajaran PAS.

Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah insiden pertama yang melibatkan Zakaria Ahmad yang bergelar al fadhil ustaz dikalangan semua totok PAS.

Pada 24 Februari 2007, Zakaria Ahmad ini juga pernah dihalau oleh Naib Pengerusi Kariah Masjid Kampung Binjai kerana berpolitik secara keterlaluan didalam masjid kampung tersebut. Sebelum kejadian itu, Zakaria sering dilihat hadir ke Masjid Kampung Binjai sebagai ustaz jemputan oleh seorang imam PAS dikampung tersebut.

Walaupun sudah berkali-kali diberi amaran, kemuncaknya tiba apabila Zakaria cuba menyampaikan ceramah politik yang menyeru semua penduduk kampung memilih calon PAS pada PRU12. Ini menyebabkan dia diusir dari masjid dan juga kampung tersebut.

Jadi, bukanlah sesuatu perkara yang baru jika Zakaria Ahmad berpolitik didalam Masjid. Cuma yang mengejutkan ialah, tindakan Zakaria Ahmad ini yang tak tahu membezakan diantara amalan wajib agama dan juga ceramah politik.

Inilah bukti bahawa PAS itu memang sudah sesat dan juga menyeleweng aqidah mereka kerana mencampur adukkan agama serta politik demi kepentingan peribadi. Inilah juga bukti ketaksuban melampau para penganut PAS terhadap fahaman politik yang dianuti mereka.

Nik Aziz perlu bertanggung jawab diatas semua yang berlaku ini kerana dialah yang menyemaikan fahaman kufar serta ideologi jahilliyah terhadap semua pengikut ajaran PAS.

Institusi masjid kini tak lagi selamat jika dijangkiti oleh parasit-parasit yang bercop bulan ini. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan kegilaan puak khawarijj hijau ini berterusan merosakkan kesyumulan Islam didalam negara.

Seburuk-buruk penyokong kerajaan, tiada pula khatib masjid seluruh negeri yang mendoakan Tsu Koon semasa sebelum PRU12 dulu. Tapi inilah yang berlaku bila masjid dikuasai puak totok PAS. Kalau bukan sesat dan akidah terseleweng, apa lagi yang kita boleh panggil kepada beruk-beruk berpunggung hijau dan berserban ni?

Wednesday, August 18, 2010

Anwar Guna Gambar Sultan Johor

 Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang melahirkan rasa murka terhadap tindakan sebuah parti politik di negara ini menggunakan gambar baginda pada satu poster di sebuah majlis ceramah di Batu Pahat baru-baru ini.


Sambil menyatakan rasa kesal, baginda bertitah supaya rakyat di negeri ini tidak terpengaruh dan terpedaya dengan pihak yang boleh merosakkan kerukunan hidup bermasyarakat di negeri ini.
“Akhir-akhir ini saya mendapati ada pihak cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat di negeri ini dan sebagai contoh terbaru, ada pihak cuba mengheret saya ke dalam kancah politik dengan memaparkan gambar saya di sepanduk ketika kempen politik mereka.
“Perbuatan ini adalah satu tindakan yang biadap dan tidak seharusnya berlaku.
(siapa lagi kalau bukan Al-Juburi DSAI punya kerja tak cukup dengan jual rakyat dan anak bangsa sendiri, kini nama Sultan Johor pula menjadi mangsa Anwar Ibrahim kononya Sulan Johor perkenan PKR mengadakan ceramah mereka di batu pahat. Kalau ini pun rakyat tak boleh nak faham lagi siapa anwar ibrahim tak tahu la.)

SALAH TETAP SALAH....

PAS membuat laporan kepada SUHAKAM yang kononya mereka sering diganggu oleh Polis apabila mengadakan ceramah dimana-mana sahaja tempat.

Adakah mereka ini semua ini tidak faham...apa yang betul dan benar dan salah di sisi undang-undang. ????atau- pun buat-biat tak reti dah BODOH undang-undang di Malaysia.

Apabila berceramah bukan main lagi, undang-undang kerajaan tidak betul dan kononya undang-undang mereka semuanya betul. Tapi hakikatnya mereka memang bodoh undang-undang.

( Ini jawapanya kepada semua persoalan yang PAS adukan kepada pihak SUHAKAM...kalau nak tahu..apabila ceramah yang berbaur hasutan dan cuba memburukan satu pihak yang lain adalah salah di sisi undang-undang ISA . Ini lah gunanya kuasa undang-undang ISA yang ada di Malaysia . Ini juga mengelakan dari pada individu atau khalayak lain terpedaya dengan dakyah palsu yang dibawa oleh sesebuah organisasi atau persatuan. Itu lah sebabnya kenapa pihak polis buat tangkapan. Sebab setiap ceramah PAS berlangsung pasti ada dakyah yang menjatuhkan air muka seseorang pemimpin dan barbaur hasutan.

Kalau rakyat rasa khuatir dengan apa yang polis lakukan......hadir dan dengarlah sendiri setiap ceramah yang diberikan oleh YB-YB PAS.......dengar betul2)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails