Pages

Wednesday, July 14, 2010

Nik Aziz setuju Pas-UMNO bersatu perjuang Islam

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini.

Tegas beliau, perjuangan beliau bersama Pas selama ini memang untuk menyatukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini daripada mempercayai perkara yang tidak betul.

Katanya, Islam sendiri merupakan agama yang menggesa penganutnya untuk bersatu dan hanya mempercayai Tuhan yang satu.

"Islam itu agamanya Tauhid untuk menyatukan bukan sekadar Tuhan satu tetapi manusia semua mesti bersatu.
"Islamlah yang paling baik untuk menyatukan manusia. Kalau tidak boleh bersatu tubuh pun, dapat bersatu pemikiran pun bolehlah," jelas beliau ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pendapat beberapa ulama di negara ini yang komited bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong masing-masing.

[Apahal dengan Nik Aziz ni.....Kak jem perhatian dari dulu lagi gelagat si Pak Tua yang tak sedar diri. Mula-mula cemoh UMNO kata UMNO Parti Kafir la apa la.....dan Apabila diajak untuk menjalinkan hubungan dulu apa kata TGNA - Nik Aziz suruh UMNO ubah dasar parti tapi anda sendiri lihat apa kata Nik Aziz sebelum ni : "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu,setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." Siapa yang menolak siapa sebenarnya dan kini TGNA keluarkan lagi statement kepada Media bahawa bersetuju pulak untuk menjalinkan hubungan dan kononya UMNO dan Pas perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini....entah apa-apa TGNA ...fikir la apakah maksud yang tersirat disebalik kenytaan yang dibuat oleh TGNA dengan apa yang dikatakan oleh beliau. Mungkin PAS dikambing hitamkan oleh Anwar Ibrahim untuk dijadikan sebagai alat untuk menjatuhkan UMNO ...benda mcm ni tidak mustahil sedangkan pernah berlaku dahulu. ]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails