Pages

Thursday, September 30, 2010


Semalam Tun Dr M telah mengatakan Anwar tidak setia dengan Malaysia kalau taat dengan Yahudi:

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan setia kepada negaranya sendiri jika beliau taat kepada Yahudi.

"Sudah pasti jika anda setia kepada mereka, anda tidak akan taat kepada Malaysia, tetapi terpulanglah kepada orang ramai untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Persidangan Antarabangsa bertajuk 'Memecahkan Kepungan: Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara' oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pada Ahad.

Dr Mahathir berkata beliau tidak terkejut sekiranya seorang pemimpin politik seperti Anwar tidak gembira kerana Yahudi mencurigai kesetiaan beliau terhadap mereka.

"Jadi beliau mendapatkan saluran Cable News Network (CNN) untuk membuktikan beliau amat setia kepada mereka," katanya.

Baru-baru ini, Presiden Trevino Strategies and Media Inc, Joshua Trevino dipetik melalui tulisan di The New Ledger mendakwa bahawa Anwar telah menggunakan rangkaian sahabatnya di CNN bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok itu selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat sebagai anti-Yahudi.

Trevino juga mendakwa rancangan temu bual 'Connector of the Day' itu menunjukkan soalan-soalan yang diaju kepada Anwar berhubung retorik anti-sematik jelas bertujuan menjayakan misi Anwar yang juga Ketua Pembangkang untuk menambat semula sokongan pelobi Yahudi. Malaysia-Instinct

Kali ini Anwar CIFUT kantoi big time, baca kat bawah ni:

Anwar Ibrahim nampaknya benar-benar tersangkut dengan tuduhan menjadi alat dan haiwan peliharan CIA dan Mossad. Tuduhan itu bukannya datang dari dalam negeri, sebaliknya dari rakan-rakan medianya sendiri di luar negara.

Dan kini Anwar Ibrahim menggelupur sakan untuk menyelamatkan punggungnya daripada terdedah. Cerita-cerita tentang pembabitan serius Anwar Ibrahim dengan Zionis yang berpangkalan di Amerika Syarikat sudah bermula semenjak dia berada dalam ABIM lagi. Bahkan sewaktu dia berpindah ke dalam UMNO, kisah Zionis yang semakin berhubungan dan menjadi kepala pemikir untuk Anwar Ibrahim semakin hebat. Namun Anwar Ibrahim bijak menyembunyikan jejak atau sememangnya Polis Diraja Malaysia di bawah Hanif Umar (Tun) dan Abdul Rahim Noor (Tan Sri) mendapat arahan tertentu dari pihak atasan untuk menutup kebusukan Anwar Ibrahim.

Di dalam negara, rakan-rakan dari Pakatan Rakyat cuba memutar belitkan fakta. Sememangnya para pemimpin Pakatan Rakyat yang tidaklah bijak setara mana pun kecuali memusingkan fakta, telah berusaha sedaya upaya. Seperti yang cuba dilakukan oleh Mahfuz Omar, namun hujah yang dikemukakan oleh Mahfuz Omar sekadar hujah yang menampakkan kecetekan akal Mahfuz Omar sendiri.

Dan Malaysiakini sekadar menyentuh tentang Utusan Malaysia dan penulis blog yang cuba diragui kewujudan dan kewibawaannya sekalipun dalam beberapa kes terdahulu, nama penulis blog tersebut acapkali disebut oleh orang terbabit. Dan kini Malaysiakini cuba meraguinya.

Ia bukan dimulakan oleh Utusan Malaysia tetapi ia dimulakan oleh suara PAS sendiri iaitu, Harakah. Harakah yang menyajikan dan mendedahkan tentang perangai Anwar Ibrahim melutut dan menjilat punggung tokoh-tokoh Zionis di Washington dan New York.

Sama ada pengikut-pengikut biasa PAS yang kurang membaca dan tidak dapat berfikir secara rasional, melihat masalah ini sebagai masalah yang lebih besar atau sekadar satu lagi masalah yang dilihat menggugat Pakatan Rakyat semata-mata. Namun Anwar Ibrahim yang diserang sejak dari dalam ABIM lagi kerana pembabitan seriusnya dengan CIA dan MOSSAD, kini semakin tersepit.

Menyalahkan Utusan Malaysia, Kerajaan Malaysia, budak kopi, mahupun bloggers jalanan, tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapinya kini. Anwar mungkin boleh mengelat dengan melambat-lambatkan dan menangguh-nangguhkan perbicaraan kes liwatnya, tetapi CIA dan MOSSAD adalah petanda pantas Allah Taala tentang bahaya Anwar Ibrahim kepada umat dan negara, seperti mana petanda yang Allah Taala tunjukkan pada ketika Anwar Ibrahim hampir benar menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan catuan air di seluruh negara selama 2 bulan meskipun hujan turut dengan lebatnya, putusnya bekalan elektrik di seluruh negara yang menyaksikan negara kerugian puluhan bilion ringgit dan akhir sekali, Anwar Ibrahim jatuh kuda pada penghujung 90-an lalu. Selanjutnya baca disini

Anwar al Juburi memang alat CIA! Hisham kata kalau betul Anwar akan diambil tindakan? Biar betul Abe Hisham, jangan bagi amaran je, kasi tangkap terus, blog AIDC ada semua detailnya, pelik gak ngan Hisham ni, bila bvlogger luar negara tulis terus dia sahut, bila kita tulis dia buat dek je!

Errrr....errrrr....errrr....PAS! Any comment?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails