Rakyat negara ini diingatkan tidak terlalu ghairah untuk memenangkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya dan menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipilih sebagai Perdana Menteri.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata rakyat perlu menilai semula pandangan mereka bahawa bakal Perdana Menteri adalah daripada PKR memandangkan PAS juga dilihat mempunyai kelebihan.
Kalau nak sokong pakatan pembangkang sehingga menguasai pentadbiran dan Pusat, mereka jangan begitu yakin bakal Perdana Menteri daripada PKR.
“Pada pandangan kami, ia mungkin daripada PAS kerana PAS mempunyai satu organisasi lebih besar, ahli yang ramai dan mereka mempunyai sumber jauh lebih besar daripada parti lain,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan 2010 MCA Kelantan, di sini, semalam.
[ Pembangkang yang sememangnya tidak boleh dipercayaai. Semuanya hanya ah sebuah kata nista dan dipenuhi dengan dusta semata-mata. Beginilah janji seorang MELAYU YAHUDI iaitu Anwar Ibrahim yang sanggup menggadaikan Negara Bangsa Dan Agama Islam sebagai ganti untuk memenuhi keinginan dihati untuk menjadi Perdana Menteri.Rakyat seharusnya memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan produktiviti sebagai rakyat untuk disumbangkan kepada kerajaan . Tidak perlu untuk memikirkan lagi siapa yang lebih layak untuk menjadi perdana menteri untuk menerajui Negara pada masa akan datang]
Dr Chua berkata, meskipun MCA mempunyai satu kerusi di Kota Bharu, parti tetap mengambil berat perkembangan di kawasan itu.