Pages

Wednesday, November 10, 2010

ANwAR: BERSARA

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah menarik balik atau menyesal kerana mencadangkan “dinosaur-dinosaur” politik dalam PKR, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersara. 

Katanya, perkara itu dinyatakan dengan jelas dalam surat terbukanya kepada ketua pembangkang itu semalam.

NONE"Cumanya saya hanya memohon maaf jika beliau berkecil hati. 

"Itu adalah adab pergaulan, namun pendapat saya masih kekal sehingga kini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, menjawab dakwaan Anwar di lobi Parlimen, Dr Mohd Asri menafikan digunakan oleh akhbar UmnoUtusan Malaysia dalam 'perancangan' untuk mencemarkankan nama baik Anwar sebagai ketua pembangkang.

Beliau juga berkata, sebagai seorang Muslim, diharapkan persaudaraan Islam antaranya dan Anwar tidak terputus.

Sambil menegaskan bahawa pandangannya hanya untuk renungan politik dan bukan isu peribadi, Dr Mohd Asri berkata, sebagai saudara Muslim, beliau sekali lagi memohon maaf atas pandangannya.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah mendatangkan hal yang sebaliknya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails