Pages

Friday, November 12, 2010

CALON BARU ANWAR KE PRU13

Calon Baru Dan Muda Untuk PRU-13: Anwar

by Anwar Ibrahim on Thursday, November 11, 2010 at 10:24pm



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk meletakkan muka baru dan muda sebagai calon PKR dalam Pilihanraya Umum ke-13.
Berucap pada ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Koresponden Asing Singapura (FCA) di sini hari ini, beliau berkata calon PKR mungkin berumur dalam lingkungan 20-an atau 30-an kerana mereka akan menjadi tarikan kepada pengundi.
Anwar berkata ini adalah selaras dengan parti itu sebagai parti “Reformasi”, dan juga pengalaman sebelum ini menunjukkan calon muka lama PKR berkemungkinan tewas pada pilihan raya.
Semasa sesi soal jawab dengan kira-kira 50 hadirin yang terdiri daripada wartawan asing yang berpangkalan di Singapura, diplomat dan bukan pertubuhan kerajaan (NGO), Anwar berkata PKR akan mula bekerja keras untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dengan menjelajah ke seluruh negara menemui orang ramai mulai bulan depan.
[ Ini lah dia strategik baru DSAI yang inginkan calon baru iaitu calon yang muda dan JAMBU..Kononya dengan melatakan calon yang muda pengundi akan lebih tertarik seperti mana dirinya sendiri yang tertarik pada calon yang jambu dan muda....AYAM MUDA LA KATAKAN.......so korang faham-faham jer la....lepas ni tak mustahil ADUN ke Ahli Parlimen ke akan membuat pengakuan bahawa mereka pernah di JUBUR ..DILIWAT dengan kejam oleh DSAI kerana tidak menjalankan tugas dengan baik sebagi ADUN......wakakaka....ini lah yang bakal terjadi nanti didalam PKR......] 

Wednesday, November 10, 2010

Kisah Rahimi Osman dikurung di Hotel Quality


Oleh Cyber1Trooper, AIDCclub

Berikut merupakan kisah penahanan Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurung di Hotel Quality, Shah Alam selama 5 hari 4 malam, bermula pada 28 Jun 2008, ketika Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis diliwat oleh Anwar;

Pada 28 Jun, ketika melawat Saiful di HKL, Rahimi menerima panggilan telefon bertalu-talu daripada penyokong-penyokong Anwar. Tetapi Rahimi enggan menjawab mana-mana panggilan tersebut.
Kemudian Ibrahim Yaacob [mengenali Ibrahim Yaacub klik di sini] turut menelefon Rahimi. Rahimi menjawab. Ibrahim berkata Anwar Ibrahim mahu berjumpanya di Quality Hotel dengan kadar segera kerana ada perkara mustahak yang mahu dibincangkan.

STAFF KETUA UMUM 2008-1


Rahimi akur dengan arahan Ibrahim Yaacub.Namun begitu, dia pulang ke rumahnya terlebih dahulu berjumpa dengan bapanya untuk mendapat nasihat daripada bapanya. Bapanya yang juga penyokong Anwar menasihatinya agar berjumpa dengan Anwar di hotel tersebut.

Akur dengan nasihat bapanya, pada lewat malam, 26 Jun 2008, Rahimi tiba di Hotel tersebut. Ketika itu, terdapat ratusan penyokong PKR dan juga orang-orang kanan Anwar sedang berkumpul.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqy_28UlmQp2kRln2VFXYtYnf0ll0oKojtkYlfw-bOdcBJvdps88tFriXqun_DKLygCrHFgMAnzoP8FUPVOPV9ValDIN_ykJhXWuAtdJaBAwgdRhG7evlPZ-f_tULxgGcLS6sk3JONjdkA/s400/chegubard.jpgRahimi disambut oleh Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard), kemudian membawanya naik lif ke tingkat 10, tempat Anwar sedang menunggu.

Sesampainya di Tingkat 10, Anwar kemudian menarik Rahimi di sebuah bilik untuk berbincang secara peribadi. Anwar menanyakan kepada Rahimi apa yang telah Saiful beritahunya.

Rahimi memberitahu Anwar bahawa Saiful telah beritahunya, tentang dirinya telah diliwat, di pelbagai lokasi seperti kondominium Desa Damansara, Hong Kong, Bangkok dan Singapura.

Ketika mendengar penjelasan Rahimi itu, Anwar nampak sangat cemas dan selepas habis bercerita Anwar menyuruh Rahimi jangan membuka mulut lagi. Anwar arahkannya jangan memberitahu sesiapa apa yang diceritakan tadi berkenaan aktiviti liwat tersebut, termasuk kepada pihak polis.

Koya-IzhamKemudian, Anwar terus mengarahkan kedua peguamnya yang berada di Tingkat 10 itu untuk menguruskan Rahimi. Kedua peguam Anwar itu adalah Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli yang berfungi menyiapkan satu Akuan Bersumpah untuk ditandatangani oleh Rahimi.

Seperti perjanjian awal, kedatangan Rahimi ke hotel itu semata-mata untuk berjumpa dengan Anwar dan selepas perjumpaan itu, Rahimi memohon izin untuk pulang ke rumahnya, namun kedua-dua peguam itu tidak mengizinkannya. Mereka mengarahkan Rahimi supaya tidur di Quality Hotel bersama seorang lagi rakan bernama Rashid Rosdi.

Di hotel itu, Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli sedang mengarang Akuan Bersumpah untuk Rahimi tandatangani. Akuan Bersumpah tersebut bakal digunakan untuk membantu Anwar. Kerana bimbang keselamatan dirinya, akhirnya Rahimi menurunkan tandatangannya pada akuan bersumpah berikut, meskipun dia sendiri tidak bersetuju dengan kandungan Akuan Bersumpah tersebut.

Ketika itu, hotel tersebut menjadi kubu bagi ratusan penyokong dan orang-orang kanan Anwar. Rahimi amat risau jika apa-apa terjadi kepadanya jika dia enggan memberikan kerjasama.

Rahimi ditahan di hotel tersebut untuk beberapa hari, dan pada malam itu juga telefon bimbitnya telah diambil oleh YB Yusmadi Yusof. Entah apa yang dicari oleh Yusmadi dalam telefon bimbitnya dan Yusmadi memulangkan semula telefon bimbitnya pada keesokannya harinya.

Semasa ditahan di hotel itu, Rahimi dikawal rapi oleh beberapa orang dipercayai yang penyokong kuat Anwar.

Dalam pada itu, peguam-peguam Anwar (Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli) telah membuat beberapa kali pindaan kepada Akuan Bersumpah yang telah ditandatangani, kali ini mereka sendiri menambah cerita rekaan dengan memalitkan nama Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dalam akuan bersumpah Rahimi.

Pada ketika itu baru Rahimi tahu betapa kotornya permainan politik Anwar dan rasa menyesal kerana menyumbang tenaga selama ini untuk membantu karier politiknya.

Tidak cukup dengan Akuan Bersumpah, peguam-peguam itu juga mengarahkan Rahimi untuk membuat rakaman video yang kandungannya dikarang oleh mereka sendiri.

Rahimi kemudiannya dibawa ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Old Town Petaling Jaya untuk menandatangani Akuan Bersumpah yang terakhir.

Dan selepas menandatangani Akuan Bersumpah terakhir itu, Rahimi dibenarkan pulang, tetapi masih di bawah pengawasan ketat mereka lagi. Segala pergerakan Rahimi dipantau dan mereka kerap menelefonnya untuk mengetahui status terkini Rahimi.

Pada suatu ketika, pernah mereka menelefon Rahimi dan meminta dia bermalam di rumah Anwar di bawah pengawasan beberapa orang.

Ketika polis menahan Anwar supaya memberi keterangan kepada pihak polis, Rahimi dan Rashid telah dibawa lari oleh orang-orang Anwar ke pelbagai tempat. Dari Tropicana, ke Hotel Armada serta ke sebuah pondok agama di Kajang.

Rahimi hidup seperti pelarian ketika itu. Dilayan oleh orang-orang Anwar seperti orang bersalah menyebabkan jiwanya memberontak dan berazam tidak mahu lagi mendengar arahan-arahan mereka.

Akhirnya, Rahimi bertekad kembali ke rumahnya. Selepas beberapa bulan, Rahimi masih lagi dihubungi oleh orang-orang Anwar.

Apabila kes liwat bermula di mahkamah, nama Rahimi telah disebut oleh Saiful dalam keterangannya. Ketika itu, Latheefa Koya telah menelefonnya untuk berjumpa.

Rahimi hadir dalam perjumpaan dengan Latheefa seperti yang diminta. Ketika itu Rahimi sebenarnya takut untuk berjumpa dengan peguam Anwar itu, bimbang kalau-kalau dirinya akan ditahan kembali.

Sebelum berjumpa dengan Latheefa Koya, Rahimi sempat berpesan kepada isterinya, dengan berkata jika dia tidak kembali dalam masa 4 jam selepas perjumpaan itu dan dia tidak dapat dihubungi, Rahimi meminta isterinya membuat laporan polis.

Dalam perjumpaan dengan Latheefa itu, peguam Anwar itu sekali lagi memintanya untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah kerana akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Rahimi pura-pura bersetuju di depan peguam Anwar itu dan meminta peguam itu menelefonnya selepas telah siap sedia dengan akuan bersumpah baru itu.

Selepas perjumpaan itu, Rahimi pulang ke rumahnya, dia telah menukar nombor telefon bimbitnya dan berpindah rumah. Namun mereka berjaya juga mengesan Rahimi.

Semasa kes bersambung semula di mahkamah dan semakin hangat, Latheefa sekali lagi menelefon Rahimi untuk berjumpa dengan Peguam Karpal Singh. Namun Rahimi tidak melayan permintaan mereka itu.

Apabila menyedari Rahimi mula tidak mahu memberi kerjasama, Anwar sendiri telah menelefon bapa Rahimi untuk menyuruh anaknya berjumpa dengan peguam-peguamnya.

Bapa Rahimi telah memaksa Rahimi berjumpa dengan peguam-peguam Anwar itu. Rahimi keberatan. Berlaku perang dingin di antara Rahimi dengan bapanya yang merupakan penyokong kuat Anwar. Rahimi beritahu bapanya, Anwar hanya mahu peralatkannya, Anwar adalah kaki penipu dan tidak boleh dipercayai, kata Rahimi.

Bapa Rahimi akhirnya tidak dapat membuat pilihan untuk mempercayai kata-kata Anwar yang merupakan individu yang disanjungnya atau mempercayai kata-kata anaknya sendiri yang sudah sekian lama bekerja dengan Anwar.



Ketika Anwar Ibrahim dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004, ramai pendokong-pendokong Anwar termasuk Ezam Mohd Nor, Anuar Shaari, Zulkifli Nordin melompat keriangan, tetapi keriangan tidak sampai ke petang, kerana hari ini, Ezam, Anuar dan Zul Nordin bukan lagi menjadi penyokong Anwar. Mereka seorang demi seorang menjauhkan diri daripada Anwar, malah mula mempercayai apa yang selama ini mereka tolak mentah-mentah.

"Selepas Anwar bebas 2004, ada satu benda penting yang diputuskan oleh mahkamah, Ezam mula mengkaji kebenaran keputusan para hakim itu. Ezam kaji sendiri satu persatu, merisik kepada sahabat-sahabat lama Anwar mengenai tabiat luar biasa Anwar, akhirnya ezam jumpa jawapannya", kata SD Johari menceritakan sebab Ezam meninggalkan Anwar Ibrahim.
"Sebenarnya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2004 telah membuktikan Tun Dr Mahathir betul. Keputusan bertulis hakim-hakim juga jelas menunjukkan bahawa aktiviti homoseks yang didakwa, memang berlaku walaupun akhirnya terpaksa membebaskan Anwar atas sebab teknikal.Keputusan itu sebenarnya yang jadi asas saya tinggalkan Anwar selepas itu. Saya tidak boleh berkompromi dengan pemimpin seperti itu. Ini soal moral dan akidah," kata Ezam kepada Sinar Harian dalam mendedahkan 'benda penting' yang terkandung dalam keputusan Mahkamah Presekutuan membebaskan Anwar pada tahun 2004. Klik di sini

Pandangan arwah Hassan Shukri benar

Ketika keghairahan menyambut pembebasan Anwar pada tahun 2004 itu, Timbalan Presiden PAS ketika itu, Ustaz Hassan Shukri memberi pendapat yang sebaliknya.
http://media1.malaysiakini.com/267/1957c03af92158f1ba9d9e09b3876b21.gifDalam majlis Hi tea bersama Pemuda PAS Kepala Batas pada 26 September 2004, perwakilan bertanya Ustaz Hassan Shukri (foto kiri) berkenaan isu pembebasan Anwar Ibrahim.

"Kita jangan terlaju dalam menerajui isu Anwar kerana jika diteliti secara betul-betul tuduhan ke atas Anwar, dia tetap bersalah, cuma keraguan berlaku tentang tarikh kejadian. Sebab itu dia (Anwar) terlepas. Jika mahkamah bertindak semula, ini akan mengaibkan PAS", kata Ustaz Hassan.

Selepas ustaz Hassan memberi pandangannya yang benar, pandangannya terus dikritik hebat oleh kumpulan-kumpulan Anwar dalam PAS khususnya dari Dr Zulkifli Ahmad.

Kumpulan-kumpulan Anwar dalam PAS ketika itu menggunakan laman Marhean untuk mengkritik semula pandangan Timbalan Presiden PAS itu.

8 Pertanyaan Hassan Shukri Kepada Anwar

Selepas itu, tiada lagi kedengaran suara-suara dalam PAS mengkritik pembebasan Anwar Ibrahim.


Kemudian nada yang sama seperti Ustaz Hassan Shukri dinyatakan kembali oleh bekas aktivis PAS Ustaz Omar Khalid, ketika mengulas mengenai pembebasan Anwar pada tahun 2004.

"Anwar telah confirm sudah bersalah dulu, tiga orang hakim menyebut kamu (Anwar) bersalah, cuma ada ruang-ruang untuk kamu dibebaskan, maka kamu dimaafkan, tetapi kamu masih bersalah", kata Ustaz Omar.

Ustaz Omar, bekas Ketua Penerangan PAS Terengganu, dalam kenyataannya menyatakan Anwar Ibrahim seharusnya disebat 80 kali sekiranya mengikut hukum Islam kerana enggan bersumpah muhabalah ekoran tuduhan ke atasnya yang didakwa melakukan kesalahan liwat ke atas bekas pembantunya Saiful Bukhari.

"Apabila saja tidak dapat bukti, masing-masing boleh bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, wattallahi, saya tidak melakukan, selepas bersumpah, kena bebaskan dia dan seorang lagi mesti bersumpah juga dan bebas. Kalau yang seorang lagi tidak mahu bersumpah, maka kita hendaklah rotan 80 kali", kata ustaz Omar. Klik di sini

Dan paling menarik, sehingga ke hari ini, selepas pembebasannya pada tahun 2004, Anwar Ibrahim tidak pernah bersumpah membersihkan diri tidak melakukan aktiviti homoseksual terhadap adik angkatnya, Sukma Darmawan ataupun terhadap Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Wan Azizah Wan Ismail.

"Sehingga ke hari ini, Anwar gagal memadamkan rekod melakukan aktiviti homoseksual di Tivoli Villa itu", kata Ezam.

"Rekod Anwar di mahkamah ini akan kekal selama-lamanya, jika Anwar tidak berjaya mencabarnya", katanya lagi.

ANwAR: BERSARA

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah menarik balik atau menyesal kerana mencadangkan “dinosaur-dinosaur” politik dalam PKR, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersara. 

Katanya, perkara itu dinyatakan dengan jelas dalam surat terbukanya kepada ketua pembangkang itu semalam.

NONE"Cumanya saya hanya memohon maaf jika beliau berkecil hati. 

"Itu adalah adab pergaulan, namun pendapat saya masih kekal sehingga kini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, menjawab dakwaan Anwar di lobi Parlimen, Dr Mohd Asri menafikan digunakan oleh akhbar UmnoUtusan Malaysia dalam 'perancangan' untuk mencemarkankan nama baik Anwar sebagai ketua pembangkang.

Beliau juga berkata, sebagai seorang Muslim, diharapkan persaudaraan Islam antaranya dan Anwar tidak terputus.

Sambil menegaskan bahawa pandangannya hanya untuk renungan politik dan bukan isu peribadi, Dr Mohd Asri berkata, sebagai saudara Muslim, beliau sekali lagi memohon maaf atas pandangannya.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah mendatangkan hal yang sebaliknya.

Monday, November 8, 2010

Ketepi fahaman politik bantu mangsa banjir


Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dukacita dengan nasib rakyat negeri itu yang dilanda banjir terburuk dalam sejarah Kedah dan meminta semua pihak mengetepikan fahaman politik bagi membantu mangsa menghadapi bencana itu.

Baginda berharap semua pihak termasuk kerajaan negeri, Kerajaan Pusat, korporat serta individu agar menyampaikan bantuan dalam apa jua bentuk bagi membantu meringankan beban mangsa.

"Beta berasa dukacita di atas kejadian banjir yang melanda negeri Kedah khususnya kepada rakyat," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika bersama-sama Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun mendengar taklimat mengenai banjir di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darulaman di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan puteri baginda yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Sultan Kedah juga berkenan menyerahkan sumbangan RM500,000 daripada kutipan zakat negeri Kedah dan bantuan peribadi RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk dimanfaatkan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negeri.
Pada majlis sama, YSB menerima sumbangan RM200,000 daripada seorang individu untuk digunakan bagi membantu mangsa banjir.

Terdahulu, Sultan Kedah berkenan melawat mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan banjir di Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti di sini.

Baginda dan Sultanah Kedah meluangkan masa selama 45 minit bertanyakan khabar kepada mangsa banjir di pusat pemindahan itu kira-kira pukul 1 tengah hari.

Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR


Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katany

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails