Pages

Tuesday, May 11, 2010

PENIAGA : MENYOKONG DAN AKAN MEMANGKAH BN

Sedang sibuk calon DAPig's memjalankan roadshow kepada pengundi-pengundi di bandar sibu , sempat skuad kak Jem singgah dan menemu ramah peniaga-peniaga di Pasar Besar Sentral Sibu. 

Alhamdulilah , apabila mendengarkan kata-kata mereka , Kak Jem berpuas hati apabila lebih kurang 1000 orang peniaga akan turut keluar mengundi pada 16 mei 2010 nanti. Ini adalah kerana , mereka melihat bahawa dari segi pambangunan yang dibawa di bandar Sibu jauh lebih baik daripada dulu.

Ramai yang berharap agar Barisan Nasional akan meneruskan lagi kemajuan di Sibu terutama bagi kaun iban yang di bumi Sibu. Menerusi temu bual yang dibuat terhadap salah seorang peniaga yang juga memegang jawatan didalam Parti SUPP menyatakan semua peniaga akan keluar secara bergilir-gilir untuk keluar mengundi pada 16 Mei 2010. Ini adalah kerana mereka merasakan bahawa hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu membawa angin perubahan di seluruh bahagian Negeri Sarawak.


Sungguh pun begitu ada juga yang menyatakan bahawa jasa Mendiang Robert Lau tidak harus dilupakan begitu sahaja , walaupun propaganda yang diedarkan oleh DAP melambangkan seolah-olah Barisan Nasional tidak ada langsung menabur jasa pada rakyat dibumi Sarawak.Ini semua tidak betul  dan tidak benar. Mereka melihat dan menilai sendiri sejauh mana kerajaan Barisan Nasional melakukan sedikit demi sedikit perubahan terhadap pembangunan dan ekonomi Bahagian Sibu. Walaupun nampak seperti lambat pembangunan itu dijalankan, mereka juga ada sedar dan mengatahui bahawa masih ada lagi daerah-daerah yang kecil di sarawak yang lebih memerlukan kemajuan dan pembangunan, Contohnya seperti di Kawasan Belaga. Maka tidak hairan lah jika pembangunan di sarawak tidak dijalankan secara serentak.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails