Pages

Tuesday, June 22, 2010

TAKUT HILANG JAWATAN


Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua akan memfailkan permohonan bagi membolehkan beliau membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, minggu depan.
“Kami sudah mengadakan perbincangan semalam dan beliau (Tian Chua) sudah membuat keputusan untuk mengemukakan rayuan,” kata peguam Chua Amer Hamzah Arshad ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Amer berkata Chua (gambar) akan mengemukakan kebenaran untuk merayu berhubung sabitan kesalahan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Khamis lalu.
Walaupun awalnya mengatakan tidak akan membuat rayuan, lewat malam tadi Chua berkata beliau kemungkinan akan membuat rayuan peringkat kedua berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.
Semalam Chua berkata, sekiranya beliau membuat rayuan ia hanya bertujuan untuk membuktikannya tidak bersalah, bukannya untuk meleraikan pertikaian kesahihan status sebagai Ahli Parlimen.
( Tian Chua yang semakin kesempitan dan sakit kepala kerana telah disabitkan kesalahan diatas perbuatanya mengigit anggota polis yang sedang bertugas. Hilang title YB pun ye jugak....har..har..har.......kesian tian chuan ni....kak jem tengok setiap kali Pembangkang Buat perhimpunan x pernah missed pun hadir untuk memberikan support. Tapi last2 Anwar Ibrahim yang di puja..disanjung ...buat tak tahu jer malah kehadiranya pun x nampak di Mahkamah sepanjang proseding kes Tian Chua berjalan. Ini ke pemimpin yang berjiwa rakyat.Sedangkan orang kuat dia sendiri telah disabitkan kesalahan pun dia leh buat tak tahu. Tak salah la tanggapan kak jem sebelum ni....sikap Anwar Ibrahim....Depan orang melayu cakap lain....depan Orang Cina cakap lain....bila dah jadi hal mcm ni dia buat tak tahu jer.........)

Monday, June 21, 2010

Benarkah Asri Akan Menyetai UMNO???

Menyusuri beberapa laporan Media maya yang sekarang ini bermain dengan isu yang kononya Ustaz Asri akan menyertai UMNO pada hari jumaat ini. Adakah benar apa yang telah diwar2 kan ini. Mungkin dan tidak mungkin itu adalah jawapan yang layak diberikan jika dikaji dengan apa yang dinyatakan oleh Asri sendiri.

Menurut The Malayasian Insider, Dr.Asri hanya akan mengumumkan perkara tersebut pada hari jumaat ini nanti. Ini adalah kerana hati Dr.Asri masih lagi berbelah bagi untuk memilih parti mana yang ingin di sertainya. 


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. 

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.


Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.

[ Adakah benar cherita yang di war2kan ini bahawa Dr.asri akan menyertai UMNO dan pengumuman hanya akan dibuat pada hari jumaat nanti. Satu persoalan yang masih belum terjawap. Kemasukan Dr.Asri untuk menyertai UMNO amatlah dialu-alukan bersama-sama 100 org ulama yang turut akan bersama-sama Dr,Asri menyertai UMNO. Perkara sebegini akan hanya mengundang sebuah penyakit tidak BOLEH TIDUR malam TGNA serta sekutunya yang lain. Ini adalah kerana TGNA mengharapkan agar Dr.Asri bersama pengikutnya akan mengikuti mereka didalam Parti PAS yang kononya  sebuah parti Politik yang berlandaskan Agama Islam (kononya). Tetapi hakikatnya HANYA SEKADAR POLITIK....namunpun begitu Dr.Asri masih mempunyai waktu yang berfikir sewajarnya serta membuat pertimbangan dengan sebaiknya untuk memilih UMNO @ PAS]

Sunday, June 20, 2010

MB Selangor Dilarang Kacau Kg.Baru Kuala Lumpur

Kehadiran MB Selangor tidak dialu-alukan di Kampung Baru Kuala Lumpur. Sebentar tadi kononya MB Selangor ingin mengadakan pertemuan bersama PERKASA Lembah Pantai di Kampung Baru didalam misinya yang lain kononya untuk menunjukan minat didalam Plan Pembangunan Kampung Baru. Namun jelas dan nyata kehadiranya hanya melahirkan rasa menyampah dikalangan penduduk Kampung Baru. 

Dalam pertemuan diantara Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin bersama penduduk Kampung Baru petang tadi telah cukup memuaskan hati penduduk Kampung Baru yang semakin hari semkain tidak sabar untuk menyaksikan Plan Pembangunan Kampung Baru yang bakal di nikmati oleh penduduk Kampung Baru tidak lama lagi. 

Jelas dan nyata bahawa Penduduk Kampung Baru telah menyambut baik dan mendengar penjelas yang lebih terperinci oleh Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar mengenai plan tersebut dan berjanji bahawa PEMILIK dan PEWARIS didalam Plan pembangunan tersebut adalah 100 peratus menjadi hak milik MELAYU. 

Daialm pertemuan tersebut juga Datuk Raja juga ada menyatakan bahawa , kini PKR tidak lagi mendapat sokongan MELAYU dan hanya berpura-pura untuk menunjukan minat mereka didalam plan yang direka cipta palsu iaitu Alternatif Pembaangunan yang kononya Khalid Ibrahim akan bawakan kepada kerajaan Pusat untuk diusulkan.Kononya pembangkang lah yang akan menjadi wira didalam Plan Pembangunan Kampung baru...

[ Apakan daya kini rakyat (Orang Melayu telah mula membuka mata dan hati mereka untuk memberikan semula kepercayaan mereka kepada kerajaan yang sedia memerintah ketika ini. Jelas dan nyata rakyat semakin menyokong Perdana Menteri Malaysia yang telah mengagaskan gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Ini juga terlah terbukti didalam Plan Pembangunan Kampung Baru yang mana RAKYAT didahulukan. Cuba bayangkan kalau Pembangkang yang membawa angin perubahan di Kampung baru, tak mustahil Kampung Baru akan menjadi seperti Pulau Pinang Kampung Buah Pala.Apa yaang MELAYU rasa di Kampung Buah Pala ....tak ada apa pun...malah keadaan Orang MELAYU ditindas dan menjadi tidak ubah seperti pengemis di Negeri Sendiri.Justeru itu renung-renungkan dan fikir-fikirkan] 

Kerajaan Tidak Perlu Mengadakan Pilihanrya Awal

Terlalu ramai rakyat Malaysia yang telah menyokong gagasan 1 Malaysia yang di gagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Namun pun begitu , ia tidak seharusnya dijadikan sebagai tanda aras bahawa Kerjaan Malaysia yang sedia ada berada didalam tahap yang cukup kuat dan kukuh.

Kerajaan perlu menyusun semula jentera pilihan raya agar kemantapan untuk beraksi apabila tiba masanya nanti agar membawa sebuah angin baru kepada rakyat. Ini juga telah dinyatakan oleh Perdana Menteri sendiri bahawa  " Dengar Nadi Rakyat" yang membawa maksud agar rakyat diberi keutamaan untuk memilih siapa calon baru bagi mereka untuk mewakili suara mereka di dalam parlimen nanti.

Perkara ini juga turut disebut oleh Perdana Menteri yang juga menyatakan bahawa Kerajaan tidak akan membubarkan perlimen seawal ini dan tidak akan memandang kepada satu sudut sahaja, iaitu meningkatnya sokongan rakyat terhadap gagasan 1 Malaysia yang digagaskan oleh beliau.




Saturday, June 19, 2010

Najib : Mewarisi Perjuangan Allahyarham Bapanya.

Laporan yang ditulis menerusi salah satu media pembangkang yang menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak kononya telah menyeleweng keuntungan yang diperolehi oleh FELDA sehingga mengakibatkan kerugian dan merosot ke angka RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun. 

Antara yang dibangkitkan oleh Zaid ialah bayaran pendahuluan sebanyak 40 peratus kepada syarikat pemaju Naza TTDI untuk membina ibu pejabat baru lembaga itu, dengan kos keseluruhan RM662 juta. Sedangkan, kata Zaid lagi, bayaran deposit pada kebiasaannya hanya pada kadar 10 peratus sahaja.

Tambahnya, Felda juga telah menutup tiga buah syarikat yang dikuasainya - Felda Rubber, Sutera Jaya dan Felda Herbal, dalam tempoh lima tahun lalu.

"Sepatutnya ada penjelasan terperinci mengapa penutupan dibuat, dan sama ada tindakan ini disebabkan salahurus yang lebih teruk," katanya.

Katanya lagi, penjelasan juga perlu dilberikan berhubung perbelanjaan antara RM4 juta sehingga RM5 juta untuk menganjurkan pertandingan futsal dan sokongan kepada Kelab Bolasepak Felda.

( Persoalanya mengapa pula Zaid Ibrahim ingin mempersoalkan dan juga meminta agar Dato'Seri Najib Tun Abdul Razak. Sejauh mana ada kebenarannya kata-kata yang dilemparkan oleh Zaid Ibrahim berkenaan dengan tuduhan si Kafir Laknat tu. Jika benar apa yang dikatakan sehigga mengakibatkan kerugian Rm2.73 billion , takkan tahun 2009 lepas berdiri teguh Hotel Felda Residens di Kuala Terengganu. Itu kah yang dikatakan merosot dalam tempoh lima tahun. Tolong la ZAID KAKI BOTOL yang lemparkan sesuatu yang boleh menjatuhkan kredibeliti Perdana Menteri Malaysia. Jijiknya permainan kamu orang pembangkang. Kepada rakyat jelata usah lah kita pulak yang menjadi nasi tambah dalam hal sebegini jijik. Pada Kak Jem Dato'Seri Najib menerajui usaha Allahyarham Bapanya Tun Abdul Razak dengan penuh taat dan setia demi Orang Melayu. Fikir-fikirkan.....)

Friday, June 18, 2010

Pilihanraya Kehendak Rakyat

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpendapat, keperluan untuk mengadakan pilihan raya bersandarkan kepada kehendak rakyat yang mengundi.

“Sekiranya apa yang Barisan Nasional (BN)) janjikan itu dapat ditunaikan dan rakyat dapat merasainya, esok pun boleh buat pilihan raya.

“Kehendak rakyat dan keperluan golongan itu merupakan cerminan keadaan sebenar mereka yang dipimpin dan perlu diambil kira oleh wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat sempena lawatan ke Iskandar Malaysia yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri bahawa kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum berdasarkan pendapat bahawa tahap kepuasan rakyat terhadap kepimpinannya semakin meningkat ketika ini.

Beliau berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak berhak untuk membuat keputusan sama ada perlu atau tidak pilihan raya diadakan awal.

Semalam Perdana Menteri berkata, tarikh pilihan raya akan datana akan ‘mengejutkan semua pihak’. (SUMBER)

( Pelbagai aspek perlu juga diambil kira sekiranya ingin mengadakan pilihanraya awal. Memang benar rakyat berhak untuk memohon pilihanraya awal tetapi dari segi persiapan lain juga perlu diambil kira. Memang la benar 72% rakyat Malaysia telah mnyokong Gagasan yang ditebarkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib tetapi jumlah tersebut belum tentu akan menjanjikan kemenangan kerusi 2/3 di parlimen. kak jem berharap sangat agar Perdana Menteri mengambil kira pelbagai aspek dan kajian yang mendalam perlu dijalan kan secara berterusan sehingga ke tahap akar umbi itu yang lebih penting. Dalam hal ini Kaka jem Percaya bahawa Jabatan Penerangan Malaysia mempu untuk mengendong dan memikul tugas tersebut. So far pilihanraya 2008 lepas pun alhamdulillah Jabatan Penerangan berjaya menjalankan tugas mereka dengan jayanya. Walau apa pun jangan terlalu cepat buat keputusan untuk terus bertanding selagi rakyat masih belum menetapkan siapa yang akan mereka pilih sekiranya gelangang dibuka )

Wednesday, June 16, 2010

Tiada konflik MBE, laporan MTEN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tidak terdapat percanggahan mengenai kedudukan ekuiti bumiputera dalam Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia ke-10 dengan laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) seperti yang didakwa pihak tertentu. 

"Tiada sebarang konflik. Kena faham. Laporan oleh MTEN adalah laporan mereka tetapi pembentangan yang saya buat di Dewan Rakyat adalah pendirian kerajaan," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi BN, diminta mengulas dakwaan pembangkang kononnya terdapat percanggahan antara pembentangan RMK-10 dengan laporan MTEN mengenai kedudukan sebenar ekuiti 30 peratus bumiputera.




Menurut beliau lagi, dasar afirmatif juga tidak akan dihapuskan dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

"Saya tidak menjanjikan tindakan affirmatif akan dihapuskan. Itu salah tanggapan. Apa yang saya kata bahawa tindakan affirmatif akan dilaksanakan dengan cara yang lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit, lebih daripada cara dan kaedah dulu," katanya .

[Seperti yang pernah dinyatakan sebelum2 ni.....pembangkang yang suke mencari kesilapan walaupun hanya sebesar zarah sekali pun mereka akan mencari dimana silapnya langkah yang diambil oleh kerajaan dah nama pun pembangkang kan,...memang kerja menreka mencari silap. Benda yang tak betul menjadi betul pun mereka.....benda yang  betul menjadi tak betul pun mereka jugak.....huhuh...tak tahu la sampai bila....]

Pembangkang Penipu..

 Kecewa dengan kepimpinan pakatan pembangkang Perak yang terlalu banyak berpolitik hingga mengabaikan rakyat, mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K. Keshvinder Singh mengambil tindakan keluar DAP berkuatkuasa hari ini.

Serentak dengan itu, Keshvinder turut melepaskan semua jawatan dalam parti dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) serta bekerjasama dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Keshvinder berkata, keputusannya keluar parti turut dipengaruhi rasa kecewa kerana tidak mendapat peruntukan yang cukup daripada pimpinan pakatan pembangkang Perak bagi membantu rakyat sejak dipilih menjadi ADUN Malim Nawar pada Mac 2008.


Malah dakwanya, kebanyakan perbelanjaan untuk membantu rakyat termasuk mewujudkan sebuah pusat khidmat bergerak dilakukannya menggunakan wang sendiri.


''Mereka terlalu banyak politiking hingga abaikan rakyat. Ia amat merugikan rakyat dan saya tidak mahu rakyat di kawasan saya menjadi mangsa,'' katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.


Hasil pengamatannya terhadap corak pentadbiran kerajaan negeri di bawah Dr. Zambry dan kepimpinan pusat di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutama pendekatan 1Malaysia telah membuka hatinya menyokong BN.
Selepas membuat perbandingan, tegasnya, beliau sedar hanya BN yang boleh membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat terutama di Malim Nawar yang merupakan kawasan luar bandar.


''Dengan ini, saya amat mengharapkan bantuan dan kerjasama padu daripada kerajaan yang memerintah bagi membangunkan serta menyelesaikan masalah rakyat terutama isu setinggan di kawasan saya.


''Saya sedar bakal menghadapi cemuhan dan tuduhan pelbagai pihak tetapi demi kepentingan dan masa depan rakyat, saya memilih untuk meninggalkan DAP dan pakatan pembangkang.


''Saya juga amat berharap pengundi-pengundi saya dapat memahami dan menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan ikhlas demi untuk kepentingan rakyat,'' katanya.


Tegasnya lagi, keputusan dibuat setelah beliau berfikir sedalam-dalamnya dan ia bukannya atas pengaruh atau tekanan mana-mana pihak.


Beliau juga berjanji akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawabnya selaku ADUN Malim Nawar selepas ini dan memberi jaminan akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di kawasannya.


Ditanya mengenai reaksi penyokongnya di Malim Nawar, Keshvinder berkata, beliau akan 'turun padang' bagi menjelaskan perkara sebenar kepada mereka.


''Mungkin selepas ini saya akan bertemu dengan mereka untuk menjelaskan segala-galanya,'' ujarnya.
Keshvinder ialah ADUN DAP kedua di Perak yang bertindak keluar parti selepas ADUN Jelapang, Datuk Hee Yit Foong berbuat demikian awal tahun lalu hingga menumbangkan kerajaan pakatan pembangkang.


Pada pilihan raya umum lalu, beliau mengalahkan calon BN, Dr. Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.
Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sekarang ialah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh BN manakala wakil Bebas pula bertambah kepada empat orang.


[ Ini lah diantara bukti yang telah Allah tunjukan kpd kita sejauh mana kebenaran janji-janji manis Anwar Ibrahim.Hanya pandai berjanji, tetapi hakikatnya apa lah yang ada pada janji-janji yang telah ditaburkan. Semuanya hanya sekadar omong kosong. Lepas ni siapa pulak yang akan meninggalkan Pakatan rakyat.Dijangkakan smakin ramai. Maka benarlah kajian yang dibuat oleh PM baru ini , semakin ramai ahli Pakatan rakyat akan meninggalkan Pembangkang. ]

Sunday, June 13, 2010

PAS ..PARTI ANGKAT SAMPAH

Pas perlu tukar nama mereka kepada PARTI ANGKAT SAMPAH itu lah dia nama yang sesuai untuk mereka. huhu....Jangan mare yea TGNA.....

Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kebenaran itu diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas iaitu badan tertinggi dalam parti itu.

Beliau mengulas keputusan parti itu dalam Muktamar Tahunannya ke-56 di Kota Bharu semalam di mana calon bukan Islam akan dipilih dari ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang ditubuhkan parti itu kepada bukan Islam tetapi menyokongnya.

Malah, katanya, calon akan dikenakan syarat agar tidak melompat parti dan hanya dibenarkan bertanding di kawasan yang bukan bermajoriti Melayu.

“Bagaimanapun, mungkin wujud kalangan penyokong setia parti yang tersentak dan akan memberontak agar keputusan ini dibatalkan,” jelas beliau.


Semakin bercelaru nampak gayanya PAS ni.....parti yang berjuang berlandaskan Agama Islam untuk orang melayu kini telah bercampur pulak jadinyer.....suami akak semakin pening memikirkan apa yang nerlku dalam parti kesukaanya....huhuh.......bukan sahaja suami akak yang pening.......TGNA lagi pening,....nampaknya pasti akan ada konspirasi untuk menjatuhkan TGNA yang akan meletakan bukan islam sebagai calon mereka untuk bertanding di dalam kawasan yang bukan mejaroti melayu Islam) persoalan yang akan timbul......apakah penyokong kuat PAS yang telah lama berjuang akan duduk diam tanpa ada apa-apa perhormatan untuk mereka........TUNGGU DAH LIHAT AJE NANTI.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails